Thursday, 3 December 2015

Masalah Garis-garis Halus Di Muka Dan Cara Penyelesaiannya

Assalamualaikum,
Teks: Siti Zawiyah Rahmat





Garis-garis halus di muka adalah permulaan kulit wajah akan berkedut dan tanda penuaan. Ia menjadi ketakutan wanita terutamanya jika penuaan berlaku sebelum waktunya. Maksud saya di sini, umur masih muda seperti 35 tahun. Tapi sudah kelihatan seperti makcik umur 55 tahun. Lagi malu kalau ada kakak di office kelihatan lebih 'sweet', lebih cantik daripada kita. Betul tak?

Perasaan malu makin bertambah bila jumpa kawan satu sekolah dulu di majlis 'reunion'. Waktu tu barulah nampak ketara siapa yang berkulit cantik dan siapa yang nampak lebih tua. Bila umur sama, lebih mudah kita lihat perbandingan.


Jom saya saya tunjukkan sebab-sebab mengapa garis-garis halus muncul lebih awal daripada usia kita yang sebenar.


7 Sebab Munculnya Garis Halus Di Muka


1. Penyusutan jumlah kolagen dalam badan kita yang menyokong tisu kulit muka.
Penyusutan kolagen ini tidak dapat dielakkan kerana setiap tahun, kolagen yang terdapat di bawah kulit kita akan menyusut sebanyak 1.5% selepas umur kita 25 tahun. Proses penyusutan kolagen ini adalah proses permulaan penuaan.

2. Kulit sering terdedah kepada sinaran matahari dengan tidak memakai losyen atau krim perlindungan kulit.

3. Kulti terdedah kepada pencemaran air dan udara seperti asap rokok dan asap kenderaan.

4. Kurang menjaga muka seperti membersih, menyegar, melembap dan memakai losyen perlindungan.

4. Bahan kimia dalam produk kecantikan kulit juga boleh menyebabkan kulit rosak. Bahan kimia tersebut seperti hidrokuinon yang sangat bahaya jika digunakan dalam jangkamasa panjang.

5. Sering berasa tertekan (stress) samada di tempat kerja, di rumah atau mempunyai masalah peribadi.

6. Tabiat merokok boleh mempercepatkan penuaan kulit kerana merokok memusnahkan vitamin C dengan cepat. Vitamin C adalah nutrien penting yang menggalakkan pembentukan kolagen di bawah kulit.

7. Cara pemakanan yang tidak sihat juga boleh menyebabkan penuaan berlaku dengan lebih cepat. Contohnya pengambilan kandungan gula yang tinggi dalam diet makanan seharian.



Adakah kita boleh menghalang pembentukan garis-garis halus dan tanda penuaan?

Kita sebenarnya boleh halang kemunculan garis-garis halus di muka.
Kita boleh halang kulit muka daripada cepat berkedut.
Kita mempunyai pilihan untuk tidak kelihatan tua sebelum waktunya.

Kita juga mempunyai pilihan untk kelihatan sentiasa muda dan jelita walaupun umur kita sudah agak matang.


Mana satu pilihan kita?

A. Umur 35 tahun, tapi kelihatan seperti 55 tahun?
B. Umur 35 tahun, dan kelihatan seperti 35 tahun?
C. Umur 35 tahun, tapi kelihatan seperti 25 tahun?

Mesti kita pilih C, kan?



Pernahkah anda terfikir apakah Rahsia Wanita Cantik Jelita?

Rahsianya adalah mereka mempunyai cukup jumlah kolagen di bawah kulit agar kekal cantik dan awet muda.

Kolagen adalah tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, kuku, rambut, ligamen, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusidan saluran darah.


6 fungsi kolagen yang bagus untuk tubuh badan kita: 


1. Sebagai ejen antipenuaan dengan mengecilkan liang-liang pori yang kelihatan. Ia membantu menghilangkan kedutan dan garis-garis halus.

2. Melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan gatal-gatal di muka.

3. Mencerahkan kulit dengan mengurangi pigmentasi, jeragat dan kulit tidak sekata.

4. Menegangkan kulit dan menganjalkan payudara.

5. Menyuburkan dengan menjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur dan bercabang. Rambut akan lebih tebal dan bersinar.

6. Meningkatkan pergerakan dengan menyokong kesihatan sendi dan kekuatan tulang.


Sumber Kolagen Yang Paling Mudah Di Serap Oleh Badan




Shaklee Collagen Powder atau Serbuk Kolagen Shaklee adalah sangat istimewa. Molekulnya sangat stabil dan beratnya sangat ringan. Dengan berat hanya 1,000 Dalton memudahkan kolagen diserap oleh badan. Apabila penyerapan mudah, maka cepatlah keberkesanannya terhadap kulit. 


Berikut adalah beberapa pengalaman pengguna Shaklee Collagen Powder. Lihat saja pada gambar terbaru mereka. Sudah cukup buat kita berasa cemburu! Rasa macam sekarang juga saya nak telan kolagen Shaklee ni ;)





Ini adalah gambar yang paling menakjubkan!




Perasan tak? Daripada gambar testimoni ini, muka mereka lebih tegang dan licin tanpa garis-garis halus!


Adakah anda berminat untuk mengambil kolagen Shaklee bagi menghilangkan garis-garis halus di muka? 
Adakah anda berminat untuk kelihatan cantik dan jelita?


Jika jawapan anda,  ''Ya, saya ingin kelihatan cantik dan jelita!'', anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkannya kolagen ini. Sudah tentu, saya akan bimbing anda untuk mendapatkan kulit yang yang cantik dan jelita.







Salam sayang,
Siti 0123639665
Pengedar Shaklee di Jalan Kebun, Kota Kemuning, Bukit Rimau, Shah Alam dan Klang.



KEJAR IMPIAN ANDA!

Untuk maklumat berkaitan keahlian Shaklee, pembelian produk Shaklee atau ingin menyertai team Empayar Cinta Vitamin menjana pendapatan 3 hingga 6 angka sebulan boleh hubungi saya melalui:

Siti Zawiyah (1135401)
Mesej/what's app/telegram: 0123639665
FB: Siti Zawiyah
Emel: sitizawiyahrahmat@gmail.com




Terima Kasih Sudi Datang, Semoga Bermanfaat Perkongsian Ini (^_^)

Saturday, 14 November 2015

10 Sebab Kolesterol Tinggi Dalam Tubuh

Assalamualaikum,
Teks: Siti Zawiyah Rahmat



Kolesterol adalah lemak yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Malah, hati menghasilkan sendiri kolesterol untuk perkembangan saraf, pembentukan hormon seks, perkembangan janin dan otak bayi.

Namun, apabila kandungan kolesterol berlebihan dalam badan, ia boleh mengundang bahaya terhadap kesihatan.

Antara gejala koleserol tinggi ialah sering pening kepala, sakit di tengkuk, kesemutan, kebas kaki dan tangan dan cepat penat.


Di sini saya kongsikan 10 sebab mengapa tahap kolesterol boleh menjadi tinggi dalam tubuh kita.

1. Diet Makanan Seharian Anda.

Hati menghasilkan hampir 80% kolesterol yang diperlukan oleh tubuh.  Selebihnya dihasilkan daripada sumber makanan yang kita ambil.

Sumber makanan yang tinggi kolestrol adalah daging, susu, keju, kuning telur dan mentega. Makanan tersebut mengandungi lemak tepu.

Selain itu, makanan ringan seperti kerepek, chips dan biskut yangmengandungi lemak trans juga mempunyai kadar kolesterol yang tinggi.


2. Tekanan dan  Stress.

Orang yang mengalami tekanan di tempat kerja dan kehidupan seharian berisiko mempunyai kolesterol yang tinggi dalam tubuh badan. Ini kerana tekanan akan meningkatkan kadar kolesterol jahat LDL dalam badan.

Lebih membimbangkan lagi jika mereka mengambil rokok dan alkohol bagi menguurangkan tekanan dan stress mereka.


3. Berat Badan Anda.

Seseorang yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau  obesiti, biasanya terdedah kepada pelbagai jenis penyakit. Selain boleh mengundang penyakit kencing manis/diabetes, berat berlebihan juga menjadi punca kolesterol tinggi.

Orang yang obesiti mempunyai kolesterol baik yang sedikit dan koleserol jahat yang tinggi. Oleh itu, amatlah penting untuk membuat pemeriksaan doktor bagi mengetahui tahap kolesterol anda.

Biasanya untuk menurunkan kolesterol, anda dinasihatkan untuk  bersenam dan menurunkan berat badan.


4. Kurang Bersenam.

Senaman sangat penting untuk mendapat kesihatan yang baik. Jika mempunyai kekangan masa untuk bersenam, anda boleh melakukan lebih banyak aktiviti seperti berjalan dan membuat kerja rumah.

Pekerja yang sering duduk lama di pejabat juga berisiko mempunyai koleserol tinggi berbanding pekerja yang sering bergerak dan berjalan. Maka, jika kerja anda memang sering duduk lama, bolehlah sekali-sekala berjalan atau menggerakkan tubuh.


5. Umur dan jantina Anda.

Kadar kolesterol seseorang meningkat pada usia seawal 20 tahun. Jika tidak dikawal daripada awal, kandungan kolesterol akan menjadi bahaya dan memberi kesan tidak sihat pada tubuh badan.

Bagi lelaki berusia dia atas 50 tahun, kadar kolesterol semakin meningkat. Bagi wanita pula, kandungan koelsterol menurun di waktu menopause dan akan meningkat kembali pada umur selepas menopause.


6. Orang Yang Merokok.

Rokok mengandungi bahan kimia yang boleh mengurangkan kandungan kolesterol baik dalam tubuh. Kekurangan kolesterol baik dalam badan menyebabkan kandungan kolesterol jahat meningkat.

Bahan kimia itu juga boleh mengumpulkan lemak di dalam hati dan mengganggu fungsi hati.


7. Pengambilan Alkohol.

Pengambilan alkohol setiap hari dengan kadar yang banyak juga meningkatkan kadar kolesterol jahat dalam badan.


8. Ubat-ubatan Yang Anda Ambil.

Bagi anda yang sering mengambil ubat kimia juga berisiko memiliki kolesterol yang tinggi. Antara ubat kimia tersebut adalah seperti ubat estrogen, beta-blocker dan thiazide. Ubat-ubatan ini mengurangkan kadar kolesterol baik HDL.


9. Mempunyai Penyakit Lain.

Seseorang yang mempunyai penyakit darah tinggi sering memiliki kadar kolesterol yang tinggi. Selain itu, pesakit yang mempunyai penyakit berkaitan hati dan gangguan ginjal yang kronik juga berisiko mempunyai kolesterol yang tinggi dalam tubuh badan mereka.


10. Keturunan Dan Faktor Genetik.

Jika anda mempunyai ahli keluarga yang memiliki kolesterol tinggi, hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga. Ini kerana daripada hasil kajian, faktor keturunan mempengaruhi kandungan kolesterol dalam tubuh.

Mereka yang mempunyai sejarah keluarga kolesterol tinggi, cenderung mempunyai kolesterol yang tinggi berbanding meraka yang tidak mempunyai latar belakang dan sejarah keluarga yang mempunyai kolesterol tinggi.



Jika anda mempunyai salah satu penyebab di atas, anda boleh mengubah tabiat tersebut dan berusaha menjalankan kehidupan yang lebih sihat. Anda boleh mengamalkan beberapa jenis makanan yang boleh menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh anda.




Salam sayang,
Siti 0123639665
Pengedar Shaklee di Jalan Kebun, Kota Kemuning, Bukit Rimau.



KEJAR IMPIAN ANDA!

Untuk maklumat berkaitan keahlian Shaklee, pembelian produk Shaklee atau ingin menyertai team Empayar Cinta Vitamin menjana pendapatan 3 hingga 6 angka sebulan boleh hubungi saya melalui:

Siti Zawiyah (1135401)
Mesej/what's app/telegram: 0123639665
FB: Siti Zawiyah
Emel: sitizawiyahrahmat@gmail.com

Terima Kasih Sudi Datang, Semoga Bermanfaat Perkongsian Ini (^_^)

Cara Menurunkan Kolesterol Dengan Cepat

Assalamualaikum,
Teks: Siti Zawiyah Rahmat



CARA CEPAT MENURUNKAN KOLESTEROL MELALUI MAKANAN


Ramai yang bertanya saya mengenai cara menurunkan kolesterol tinggi. Tidak kira wanita atau lelaki, mereka menghadapi masalah kolesterol tinggi. Antara punca kolesterol yang tinggi adalah menu makanan seharian, kurang bersenam, dan keturunan.

Saya tahu ramai yang sedar bahawa kolesterlol yang tinggi boleh menjejaskan kesihatan. Mereka takut jika kolesterol dalam tubuh mereka tinggi. Kolesterol yang tinggi adalah punca penyakit jantung dan strok yang boleh membawa kematian secara tiba-tiba.

Tubuh juga akan cepat letih dan nafas pun cepat tercungap-cungap apabila menaiki tangga atau beriadah.

Untuk hidup yang lebih sihat, kolesterol sebenarnya boleh dikawal dengan mengambil beberapa jenis makanan yang mampu menurunkan kolesterol.


10 Makanan Yang Mampu Menurunkan Kolesterol Dengan Cepat


1. Jus oren.

Jus oren mengandungi sejumlah vitamin C yang tinggi, folat dan kalium. Nutrisi ini menghalang pengoksidaan kolesterol jahat, kepekatan homosintesis plasma yang lebih rendah dan membantu mendapatkan tekanan darah yang lebih rendah.

Anda boleh membuat sendiri jus oren. 2 gelas jus oren setiap pagi dapat membantu menurunkan kolesterol dan menjaga kesihatan jantung anda.


2. Bawang putih.

Bawang putih adalah salah satu bahan perencah yang perlu dalam setiap masakan. Ia mempunyai khasiat untuk menurunkan kolesterol dalam tubuh. Selain itu, ia dapat mencegah pembekuan darah, menurunkan tekanan darah dan sebagai antibitok semula jadi terhadap jangkitan kuman dalam tubuh.

Jumlah bawang putih  yang diperlukan untuk menurunkan kolesterol adalah 2 - 4 siung bawang putih setiap hari secara konsisten.


3. Ikan salmon.

Omega-3 adalah nutrisi yang telah terbukti dapat mencegah penyakit jantung. Ia juga dapat menurunkan kandungan kolesterol jahat dalam tubuh.

Menurut kajian daripada Loma Linda University, pengambilan Omega-3 secara konsisten dapat meningkatkan kolesterol baik sebanyak 4%. Selain ikan salmon, ikan sardin laut dalam juga mengandungi Omega yang tinggi yang dapat membantu menurunkan kolesterol jahat.


4. Buah tomato.

Buah tomato amat mudah didapati di kedai mahupun di pasar dan pasaraya besar. Tomato mengandungi likopen yang dapat mencegah serangan jantung dan strok. Kita boleh mengambil tomato dalam bentuk jus atau buah.

Dengan mengambil  buah tomato secara konsisten 50 gram sehari, mampu menurunkan kolesterol jahat dalam tubuh. Likopen juga boleh didapati dalam buah jambu, betik dan tembikai.


5. Sayur bayam.

Bayam merupakan salah satu sayuran hijau yang banyak mengandung lutein. Menurut kajian, pengambilan makanan yang mengandungi banyak lutein seperti bayam dapat menurunkan kolesterol tinggi dengan cepat dan mencegah serangan jantung.


6. Buah avokado.

Buah avokado mengandungi lemak tak tepu dan phytosterols yang boleh menurunkan kolesterol jahat dalam tubuh. Ia juga adalah sumber kalium yang baik, vitamin K, vitamin C, serat makanan, vitamin B6 dan folat. Buah avokado boleh diambil hari-hari dalam bentuk jus atau yang lain megikut selera anda.


7. Buah delima.

Buah delima mengandungi antioksidan jenis polifenol yang bermanfaat menurunkan kolesterol jahat. Menurut kajian, jus buah delima boleh menghalang atau melambatkan pembentukan kolesterol dalam saluran darah.

Kini terdapat banyak jus buah delima di pasaran. Anda boleh mengambil jus yang telah sedia. Tetapi pastikan jus delima yang asli tanpa tambahan gula yer ;-)


8. Kacang badam.

Jika kita pergi ke bahagian makanan ringan di pasaraya, pasti terdapat kacang badam dalam peket yang mudah di makan. Kacang badam sangat baik untuk menurunkan kolesterol. Ia kaya dengan lemak tak tepu yang membantu meningkatkan kolesterol baik (HDL), sambil menurunkan kolesterol jahat (LDL). Lemak tersebut juga membantu menguraikan kolesterol jahat terurai.

Berdasarkan kajian yang telah dibuat terhadap pesakit yang mempunyai kolesterol tinggi, kolesterol menurun sebanyak 10% bagi pesakit yang mengambil badam berbanding pesakit yang tidak mengambil badam. Penurunan ini tidak menjejaskan kandungan kolesterol baik.

Untuk penurunan 10% kolesterol jahat, anda perlu mengambil 73 gram atau 1/2 cawan badam setiap hari secara konsisten. Tidak digalakkan mengambil lebih daripada sukatan ini kerana kacang badam mengandungi kalori yang tinggi.


9. Minyak zaitun.

Buah zaitun adalah salah satu makanan yang terdapat dalam Al-Quran dan mempunyai manfaat yang sungguh banyak. Minyak zaitun kaya antioksidan dan lemak tak tepu yang dapat membantu menurunkan kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik.

Caranya adalah dengan mengambil 2 sudu makan atau 23 gram minyak zaitun tulen setiap hari. Pengambilan berlebihan adalah tidak digalakkan kerana minyak zaitun juga mengandungi kalori yang tinggi.


10. Coklat hitam.

Coklat memiliki sifat antioksidan yang dapat digunakan untuk membantu meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL). Pengambilan coklat hitam dapat meningkatkan kolesterol baik sebanyak 24% dalam 12 minggu.

Coklat hitam yang pahit rasanya lebih banyak mengandung antioksidan dibandingkan dengan coklat yang mengandungi susu. Ia lebih berkesan untuk menurunkan kadar kolesterol jahat dalam tubuh.



Di samping mengambil pemakanan yang sihat, kolesterol juga dapat diturunkan dengan melakukan senaman secara rutin.


CARA MENURUNKAN KOLESTEROL DENGAN BERSENAM


Aktiviti sukan dapat membantu meningkatkan kolesterol baik. Ia perlu dilakukan secara teratur agar mendapat kesan yang diingini.

Senaman yang sederhana seperti berjalan kaki, berbasikal, berenang dan berlari dapat membantu menurunkan kolesterol secara semula jadi. Senaman ini bergantung kepada kesesuaian tahap kesihatan dan kemampuan anda. Anda juga boleh melakukan aktiviti senaman dan sukan yang berat. Yang penting, ia perlu dilakukan secara berterusan.

Jika anda tidak dapat bersenam secara teratur, hendaklah dimulakan secara perlahan. Jangkamasa senaman yang diperlukan adalah 30 minit sehari.

Seeloknya anda perlu melakukan ujian kesihatan selepas melakukan senaman bagi mengetahui keberkesanan senaman yang anda buat. Ujian tersebut penting untuk mengetahui tahap kesihatan tubuh dan jantung anda. Jika tidak berhasil, anda perlu mengambil suplemen atau menukar kepada menu diet yang lebih sihat di samping senaman setiap hari.

Namun, bersenam juga mempunyai manfaat lain seperti menjaga tulang yang kuat, mengurangkan risiko kanser, kencing manis, strok , obesiti dan meningkatkan mood.


Jika anda mempunyai masalah untuk bersenam dan mengambil 10 jenis makanan seperti di atas, saya syorkan anda mengambil suplemen Omega GuardPhytocol-ST atau Garlic Complex yang mudah diambil dan disediakan. Hanya mengambilnya mengikut jadual dan banyak masa dapat dijimatkan berbanding perlu ke kedai atau pasaraya setiap hari untuk penyediaan makanan di atas.






Salam sayang,
Siti 0123639665
Pengedar Shaklee di Jalan Kebun, Kota Kemuning, Bukit Rimau.



KEJAR IMPIAN ANDA!

Untuk maklumat berkaitan keahlian Shaklee, pembelian produk Shaklee atau ingin menyertai team Empayar Cinta Vitamin menjana pendapatan 3 hingga 6 angka sebulan boleh hubungi saya melalui:
Siti Zawiyah (1135401)
Mesej/what's app/telegram: 0123639665
FB: Siti Zawiyah
Emel: sitizawiyahrahmat@gmail.com


Terima Kasih Sudi Datang, Semoga Bermanfaat Perkongsian Ini (^_^)

Tuesday, 10 November 2015

5 Khasiat Vitamin C Untuk Mendapatkan Kulit Yang Cantik Dan Sihat

Assalamualaikum,
Teks: Siti Zawiyah Rahmat




Bulan November ini, Shaklee ada menawarkan promosi Sustained Release Vitamin C Plus.
Sangat sesuai untuk penggemar Vitamin C Shaklee boleh beli borong bulan ni.

Pada anda yang belum mengambil Vitamin C Shaklee, saya sarankan anda mengambil vitamin C ini sebagai suplemen harian.

Kenapa saya sangat syorkan vitamin C ni pada anda?

Untuk anda yang mahukan kulit yang cantik, tegang dan lembap, jom baca 5 kelebihan vitamin C untuk kesihatan kulit.


5 Kelebihan Vitamin C Untuk Kulit


1. Antioksidan tinggi

Vitamin C mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi yang boleh melawan radikal bebas.
Radikal bebas adalah penyebab penuaan dan kerosakan kulit. Dengan kandungan vitamin C yang mencukupi  dalam badan, ia dapat memberi kesan kulit yang lebih muda.

Kesan antioksidan yang terdapat dalam vitamin C ini membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat radiasi ultraviolet, sinaran cahaya matahari, pencemaran dan asap rokok.


 2. Mempercepatkan luka sembuh. 

Tubuh memerlukan vitamin C untuk memperbaiki tisu-tisu kulit yang rosak akibat luka atau lecet. Vitamin C membantu mempercepat proses penyembuhan luka dan meningkatkan keanjalan kulit.


3. Membantu penghasilan kolagen dalam badan.

Kolagen merupakan salah satu protein yang menyusun tubuh manusia mulai dari tulang, otot dan jaringan pengikat sendi. Kolagen terdiri dari 28 jenis yang memiliki fungsi berbeza-beza dalam penyusunan struktur jaringan tubuh manusia.

Salah satunya adalah protein yang mempunyai kesan yang sangat bagus untuk kulit. Ia berfungsi menjaga keanjalan dan ketahanan kulit. Contohnya, ia membuatkan kulit wanita menjadi sangat lembut di usia muda.

Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusam dan tidak bermaya. Kolagen dapat melembapkan kulit dari dalam, mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

Oleh itu, Kolagen sangat pentig untuk mendapatkan kulit yang gebu dan tona warna kulit yang sekata.


Testimoni Pengguna Vitamin C Shaklee



4. Memperbaiki tekstur kulit.

Vitamin C dan kolagen membantu struktur dan aliran darah yang baik. Apabila struktur dan aliran darah bawah kulit adalah baik, ia dapat membawa oksigen dan nutrien untuk menghasilkan kulit yang sihat.

Tanpa nutrien yang mencukupi, kulit akan menjadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi vitamin C juga dapat memperbaiki tekstur kulit yang sihat.

Vitamin C juga menggalakkan pembentukan elastin yang tebal, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada kulit akan melembapkan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit  gebu.


5. Melindungi daripada perubahan warna kulit.

Vitamin C melindungi DNA dan tindakbalas fitokimia yang boleh menyebabkan barah kulit, tumor dan perubahan warna kulit. Vitamin C juga boleh mencerahkan kulit daripada jeragat,
tompok-tompok penuaan, kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.




Tips Mendapatkan Kulit Yang Cantil dan Anjal


Untuk menjaga kulit tetap cantik lebih lama, anda perlu memenuhi keperluan vitamin C dalam badan setiap hari. Jika terdapat vitamin C yang berlebihan dalam badan, ia akan dikeluarkan melalui urin kerana vitamin C  mudah larut air.

Saya sangat mengesyorkan Vitamin C Shaklee kerana ia menggunakan teknologi serapan berjadual mengikut jam. Maknanya ia tidak diserap sekaligus ketika pengambilannya, bahkan diserap sedikit demi sedikit. Oleh itu, ia dapat mengelakkan lebihan vitamin C dalam badan.


Untuk anda yang berminat mendapatkan Vitamin C Shaklee, boleh hubungi saya untuk saya poskan kepada anda.



Salam sayang,
Siti 0123639665
Pengedar Shaklee di Jalan Kebun, Kota Kemuning, Bukit Rimau.



KEJAR IMPIAN ANDA!

Untuk maklumat berkaitan keahlian Shaklee, pembelian produk Shaklee atau ingin menyertai team Empayar Cinta Vitamin menjana pendapatan 3 hingga 6 angka sebulan boleh hubungi saya melalui:

Siti Zawiyah (1135401)
Mesej/what's app/telegram: 0123639665
FB: Siti Zawiyah
Emel: sitizawiyahrahmat@gmail.com



Terima Kasih Sudi Datang, Semoga Bermanfaat Perkongsian Ini (^_^)

Friday, 30 October 2015

Apakah healing crisis atau krisis penyembuhan?

Assalamualaikum,
Teks: Siti Zawiyah Rahmat


Salam sayyidul ayyam.. Salam Jumaat.

Sesetengah orang akan mendapat kesan sakit seperti pening kepala, sakit-sakit badan, rasa ingin demam dan lain-lain, setelah mengambil suplemen Shaklee. Gejala sakit seperti ini dinamakan 'healing crisis' ataupun krisis penyembuhan badan.

Ramai yang bertanya mengapa berlaku 'healing crisis' ini. Oleh itu, di sini saya ingin berkongsi maklumat daripada seorang rakan mengenai 'healing crisis'.



Bismillahirrahmanirrahim.. :)

Jom baca sedikit INFO & ILMU MENGENAI HEALING KRISIS PENYEMBUHAN / 'HEALING CRISIS'

Healing Crisis ini rasanya satu perkara yang mana masih ramai yang kurang faham.
Kenapa proses tindak balas ini berlaku ketika anda mengambil produk yang khas untuk merawat tubuh badan anda?

Sebenarnya, toksin telah terkumpul di dalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang membuat anda rasa tidak selesa. Ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan.

Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.


♡ Soalan: Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan ?

♥Jawapan: Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita mengambil nutrien, ia akan bertindak balas dengan oksigen di dalam badan.

Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses PEMBERSIHAN dan PENYINGKIRAN TOKSIN dalam badan anda yang telah lama terkumpul.

Proses ini terjadi untuk MENGGANTIKAN tisu yang lama dengan tisu yang baru.


√ Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses MENYAHTOKSIN.

Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut. Keadaan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu.

Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.


♡Soalan: Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik?

♥Jawapan: Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan.

Sesetengah orang akan berfikir yang simpton mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar.

Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.


♡Soalan: Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan simpton yang sama semasa krisis penyembuhan?

♥Jawapan: Setiap orang adalah berbeza. Bergantung kepada faktor umur dan tahap kesihatan masing2.

1. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan.

2. Sesetengah individu pula akan mengalami krisis penyembuhan selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.


♡Soalan: Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini? 

♥Jawapan: Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. Ia mungkin mengambil masa sehingga 1 minggu atau mungkin berbulan lamanya.


♡Soalan: Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan. Mengapa?

♥Jawapan: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan, anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (contohnya, tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, tahap kesihatan semakin baik dan secara keseluruhan badan bertambah cantik dan sihat)

Sekiranya tiada sebarang perubahan pada tubuh badan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti berikut:

√ Tidak mengamalkannya setiap hari.

√ Tidak mengikut dos yang telah dicadangkan. Kurang minum air ~ disarankan minum air putih 3 hingga 4 liter sehari.

√ Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambil makanan tambahan.

√ Mengamalkan pemakanan seharian yang tidak sihat dan sempurna.

√ Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, minum minuman beralkhohol dan  minuman bergas, tidur lewat malam (kurang tidur).

√ Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh.

√ Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan.

√ Mengalami masalah emosi.


♡Soalan: Bagaimana cara untuk mengurangkan kesan krisis penyembuhan? 

♥Jawapan: Seperti sebuah tangki yang kotor, apabila nak kurangkan nampak kotor kelodak dan karat yang keluar, kita alirkan air yang banyak agar ia cair.

Begitulah juga dengan krisis penyembuhan. Perlu minum air yang banyak supaya kesan krisis penyembuhan dapat diatasi.

Jangan risau sekiranya anda mengalami krisis penyembuhan. Ia bukan satu petanda ketidakserasian, atau badan anda tidak sesuai dengan makanan tambahan, malah ia adalah petanda yang bagus untuk tubuh badan kita.


♡ Soalan: Kenapa perlu minum air yang banyak apabila mengambil makanan tambahan? 

♥Jawapan: Air amat diperlukan dalam proses ini untuk membuatkan makanan tambahan menyerap ke dalam sistem badan dengan lebih maksimum.

Ini memudahkan proses penyingkiran toksin dalam tubuh badan anda.

Pengambilan makanan tambahan adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Oleh itu perlu banyak minum air.

Umpama mengacau satu senduk gula di dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar iaitu jag. Jika anda jenis yang kurang suka minum air, LUPAKAN saja untuk mengamalkan makanan tambahan.

Anda ambillah makanan tambahan sebanyak mana sekali pun ataupun produk yang mahal tapi ia tetap tidak berkesan dalam badan anda. Anda hanya membazir duit sahaja dengan membeli produk tersebut.


Tanda-tanda dan Penyebab Krisis Penyembuhan 


1) Krisis Penyembuhan Sakit kepala yang melampau
♧Penyebab Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin.

2) Krisis Penyembuhan Demam, tidak cukup rehat .
♧Penyebab Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan.

3) Krisis Penyembuhan Cirit-birit,meningkatkan pergerakan usus, najis, air kencing, peluh berbau.
♧Penyebab Petanda bagi menyahtoksin, toksin ,bahan buangan dan sisa-sisa terhimpun banyak dalam usus besar.

4) Krisis Penyembuhan Kembung perut
♧Penyebab Sistem penghadaman yang lemah.

5) Krisis Penyembuhan Ruam,jerawat, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir
♧Penyebab Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat, toksin banyak terkumpul dalam
badan.

6) Krisis Penyembuhan Penghasilan lendir seperti selsema, kahak
♧Penyebab Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin.

7) Krisis Penyembuhan Pendarahan Hidung
♧Penyebab Petanda bagi kekurangan darah

8) Krisis Penyembuhan Rasa sakit pada otot dan sendi
♧Penyebab Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit

9) Krisis Penyembuhan Peningkatan rasa sakit di sebahagian badan yang bermasalah
♧Penyebab Mempercepatkan krisis penyembuhan

10) Krisis Penyembuhan Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif
♧Penyebab Sistem saraf yang lemah.

11) Krisis Penyembuhan Kitaran haid yang tidak menentu Hormon yang tidak seimbang/ penyakit buasir perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak.
♧Penyebab Sistem Rahim bermasalah.

12) Krisis Penyembuhan Lapar, Pening
♧Penyebab Tekanan darah rendah, anaemia.

13) Krisis Penyembuhan Loya, sembelit, tersedu
♧Penyebab Sistem hadaman yang lemah, masalah hati.

14) Krisis Penyembuhan Edema (membengkak)
♧Penyebab Masalah buah pinggang


♡ Soalan: Adakah perlu berhenti mengambil supplemen apabila berlakunya krisis penyembuhan?

♥Jawapan: Tidak. Anda perlu meneruskan dan Krisis penyembuhan itu akan berhenti secara perlahan sehingga segala toksin di dalam badan anda disingkirkan.

Pengambilan makanan tambahan perlu diteruskan sampai bila-bila kerana badan kita sentiasa memerlukan nutrien untuk membina sel-sel baru dalam badan.



Semoga perkongsian ini dapa membantu anda semua yang mengalami krisis penyembuhan semasa mengambil suplemen Shaklee. Anda perlu meeruskan suplemen dan minum air putih dengan banyak agar proses penyembuhan berjalan lancar.

InsyaAllah proses healing crisis tidak berpanjangan. Setelah semua toksin dikeluarkan daripada tubuh, proses penyerapan vitamin akan lebih berkesan untuk memperbaiki tubuh. Tubuh akan lebih sihat dan bertenaga seperti yang diingini.

Segala kemusykilan, boleh hubungi saya.


Salam sayang,
Siti 0123639665
Pengedar Shaklee Jalan Kebun, Kota Kemuning, Bukit Rimau, Shah Alam.




KEJAR IMPIAN ANDA!

Untuk mendapat harga jimat Shaklee sehingga 25%, dapatkan tip daripada saya.

Juga bagi anda yang berminat memiliki blog tapi tak tahu bagaimana, jom sertai kumpulan sokongan mempelajari asas blog penulisan bisnes Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). 

Jana pendapatan melalui blog dan bekerja di rumah bersama Shaklee dengan pendapatan 3 hingga 6 angka sebulan.

Boleh hubungi saya  melalui:

Siti Zawiyah (SID: 1135401)
Mesej/what's app/telegram: 0123639665
FB: Siti Zawiyah
Emel: sitizawiyahrahmat@gmail.com


Terima Kasih Sudi Datang, Semoga Bermanfaat Perkongsian Ini (^_^)

Wednesday, 28 October 2015

Set Resdung Shaklee Untuk Rawatan Resdung Yang Berkesan

Assalamualaikum,
Teks: Siti Zawiyah Rahmat



Penyakit resdung adalah penyakit yang biasa kita dengar. Pelbagai jenis rawatan resdung yang terdapat di pasaran. Namun, mungkin masalah resdung anda masih belum dapat dipulihkan sepenuhnya.

Saya syorkan set resdung Shaklee bagi membantu mengatasi masalah resdung anda. InsyaAllah dengan beberapa jenis vitamin dapat membantu meningkatkan sistem pertahanan badan daripada serangan bakteria dan kulat resdung.






Radang Sinus


Resdung juga dipanggil radang sinus. Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Rongga ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalurkan ke dalam hidung.

Ramai beranggapan tulang muka padat (solid). Tapi, sebenarnya mengandungi ruang-ruang udara. Ruang-ruang udara ini, menjalankan fungsinya bagi meringankan tulang-tulang kepala untuk dengungan (resonance) normal suara manusia.

Ruang-ruang sinus ini sebenarnya mempunyai pintu yang terbuka yang menghubungi ruang tersebut dengan hidung. Sehubungan itu, pintu-pintu perhubungan ini menyebabkan penyakit di hidung boleh masuk ke dalam sinus di mana ia sering keluar ke ruang hidung.

Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir ini akan berkumpul seterusnya kuman (bakteria) akan membiak didalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkak di  dalam lapisan hidung.



Tanda-tanda Resdung


Tanda-tanda seseorang mempunyai resdung ialah:
  1. Hidung tersumbat.
  2. Batuk.
  3. Sakit kepala atau muka.
  4. Jerawat pada muka.
  5. Selesema berpanjangan.
  6. Hidung berbau busuk.
  7. Demam.
  8. Letih dan lesu.
  9. Hilang deria rasa dan bau.
  10. Batuk teruk pada waktu malam.


Siapa Berisiko Mempunyai Resdung?


Setiap orang berisiko mempunyai resdung. Namun, ada beberapa kriteria yang menyebabkan seseorang mudah mendapat resdung, iaitu:
  1. Alah kepada habuk, bulu dan makanan menyebabkan hidung tersumbat.
  2. Mempunyai kelainan dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung bengkok.
  3. Mempunyai ketumbuhan dalam hidung hingga menyebabkan ruang sinus sempit.


Punca Seseorang Mempunyai Resdung 


Resdung boleh disebabkan virus, bakteria atau kulat (fungus). Kebanyakkan kes resdung berpunca daripada kulat, baik pada pesakit biasa atau mereka yang ada masalah sistem pertahanan badan.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Klinik Mayo pada 1999, sebanyak 96%  pemeriksaan sampel hingus dari sinus pesakit sinusitis kronik mengandungi kulat. Ini bermakna ramai daripada pesakit sinusitis kronik mempunyai resdung kulat atau penyakit itu menjadi pemula kepada resdung kulat.

Satu kumpulan lagi pesakit yang kerap mengidap resdung kulat ialah mereka yang ada polip hidung.



Kesan Jika Resdung Tidak Dirawat


Penyakit resdung yang tidak dirawat akan membawa kepada beberapa komplikasi seperti:

  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selesema biasa yang melarat.



Set Resdung Shaklee Untuk Rawatan Penyakit Resdung






1. Sustained Released Vitamin C

Vitamin C dapat meningkatkan sistem imun badan. Ia membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik.

Ia juga membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman dengan mengurangkan alergi hidung dan punca selesema.

Pengambilan 1 biji Vitamin C Shaklee bersamaan khasiat 7 1/2 biji oren bersama kulitnya.


2. Alfalfa Complex

Alfalfa adalah tumbuhan kaya klorofil yang dapat menurangkan keradangan resdung. Ia juga membantu bagi mereka yang mempunyai ekzema, alergi dan gegata (hives).

Alfalfa dapat melawan alahan dengan emmperbaiki kulti dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan kurap air.

Namun, pesakit SLE tidak digalakkan mengambil alfalfa sebagai makanan tambahan.


3. B Complex

B Complex Shaklee mengandungi vitamin B6 yang penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.

Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.


Untuk mendapatkan set resdung Shaklee, boleh hubungi saya segera dan anda akan mendapat konsultasi percuma selepas pembelian. Saya akan membimbing anda sepanjang pengambilan vitamin Shaklee ini.



Salam sayang,
Siti 0123639665
Pengedar Shaklee Jalan Kebun, Kota Kemuning, Bukit Rimau, Shah Alam.




KEJAR IMPIAN ANDA!

Untuk mendapat harga jimat Shaklee sehingga 25%, dapatkan tip daripada saya.

Juga bagi anda yang berminat memiliki blog tapi tak tahu bagaimana, jom sertai kumpulan sokongan mempelajari asas blog penulisan bisnes Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). 

Jana pendapatan melalui blog dan bekerja di rumah bersama Shaklee dengan pendapatan 3 hingga 6 angka sebulan.

Boleh hubungi saya  melalui:

Siti Zawiyah (SID: 1135401)
Mesej/what's app/telegram: 0123639665
FB: Siti Zawiyah
Emel: sitizawiyahrahmat@gmail.com



Terima Kasih Sudi Datang, Semoga Bermanfaat Perkongsian Ini (^_^)

Saturday, 17 October 2015

Mengapa Ada Selenium Dalam Vitamin E Shaklee

Assalamualaikum,
Teks: Siti Zawiyah Rahmat


Ramai yang bertanya apakah fungsi Selenium dalam vitamin E Shaklee. Ini kerana tidak banyak suplemen vitamin E di pasaran yang mengandungi Selenium.

Dalam Vitamin E Shaklee, terkandung Selenium sebanyak 10iu.
Pasti ada kelebihan dan manfaat mengapa Shaklee menambah Selenium dalam ramuan Vitamin E keluarannya.




Apakah Selenium?
Mengapa ada Selenium dalam vitamin E Shaklee?


Selenium adalah sejenis enzim yang dipanggil glutathion peroxidase. Enzim ini wujud dalam cecair di dalam dan sekeliling sel dalam tubuh kita. Tugasnya ialah menjaga sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas (oksigen tak lengkap) yang boleh menjadi menjadi punca pelbagai penyakit kronik termasuk punca kanser.

Selenium juga bertindak sebagai antioksida seperti Vitamin E. Jika kedua-duanya digabungkan, kuasa antioksidannya semakin berganda. Selenium dan Vitamin E akan bekerjasama untuk mempertahankan sel-sel badan daripada kerosakkan dan dimusnahkan oleh serangan radikal bebas.

Dan tentunya anda dapat membayangkan kesannya jika kedua-duanya diambil serentak.

Ya! Sudah pasti kuasa antioksidan dalam badan bertambah hebat!

Sel akan lebih sihat dan dilindungi daripada kerosakan. Ini dapat melindungi badan daripada penyakit dan melambatkan penuaan.


Manfaat Selenium Untuk Badan


1. Melawan radikal bebas.

Selenium akan bekerja sama dengan Vitamin E untuk memelihara sel daripada serangan radikal bebas. Kedua-duanya bertindak sebagai antioksidan.


2. Meningkatkan sistem imuniti/pertahanan badan daripada penyakit.

Selenium bekerja memperbaiki system imuniti ( kekebalan tubuh ) dan fungsi kelenjar tiroid. Dari hasil penelitian, selenium dapat mencegah kanser seperti kanser paru-paru, prostat, colorectal termasuk kanser kulit akibat sinaran cahaya matahari. Jadi selenium bermanfaat sekali untuk meningkatkan fungsi kekebalan tubuh.


3. Mempertahankan elastisiti (keanjalan) kulit bersama vitamin E.

Apabila jumlah selenium berkurang, badan akan mengalami penuaan dengan cepat seperti penuaan sebelum waktunya.

Bersama vitamin E, selenium dapat mempertahankan keanjalan kulit. Kulit kurang anjal dan kendur adalah masalah utama bagi wanita.


Dos Selenium Yang Diperlukan


Kita di cadangkan mengambil 55 mikrogram selenium setiap hari. Selenium adalah nutrien penting yang menawarkan fungsi antioksidan, yang membantu meningkatkan sistem imun.

Selenium tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh. Oleh itu, kita memerlukan Selenium melalui suplemen atau diperolehi daripada makanan sehari-hari. Selenium boleh didapati daripada ikan, daging, tiram, bawang putih, sayur brokoli dan bayam.




Salam sayang,
Siti 0123639665
Pengedar Shaklee Jalan Kebun, Kota Kemuning, Bukit Rimau, Shah Alam.




KEJAR IMPIAN ANDA!

Untuk mendapat harga jimat Shaklee sehingga 25%, dapatkan tip daripada saya.

Juga bagi anda yang berminat memiliki blog tapi tak tahu bagaimana, jom sertai kumpulan sokongan mempelajari asas blog penulisan bisnes Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). 

Jana pendapatan melalui blog dan bekerja di rumah bersama Shaklee dengan pendapatan 3 hingga 6 angka sebulan.

Boleh hubungi saya  melalui:

Siti Zawiyah (SID: 1135401)
Mesej/what's app/telegram: 0123639665
FB: Siti Zawiyah
Emel: sitizawiyahrahmat@gmail.com





Terima Kasih Sudi Datang, Semoga Bermanfaat Perkongsian Ini (^_^)

Thursday, 15 October 2015

14 Kelebihan Grape Seed Extract Dalam Vitamin E Shaklee

Assalamualaikum,
Teks: Siti Zawiyah Rahmat




Grape Seed Extract (Ekstrak biji anggur) mengandungi banyak khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol.

Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik daripada  vitamin E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C. Ini bermakna minyak biji anggur ni amat berkesan mengatasi masalah kanser, amat baik untuk awet muda dan memelihara kecantikan.

Grape seed extract ini juga terbukti berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul dan melambatkan penuaan.

Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (Oligomeric Proanthi Cyanidin). OPC adalah lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain. 

Ia memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya kerana OPC terikat dengan kolagen. Iaitu dapat menjadikan kulit lebih elastik dan muda secara semulajadi.



14 Kelebihan Grape Seed Extract dalam Vitamin E Shaklee


1. Meneutralkan bahan radikal bebas yang menyerang dan merosakkan sel DNA manusia.

2. Bertindak sebagai bahan antioksida mudah serap yang berfungsi untuk membantu sistem tubuh manusia.

3. Berupaya menurunkan kadar LDL kolestrol.

4. Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah.

5. Pemangkin kepada peningkatan tahap sistem imunisasi tubuh serta daya tahan terhadap serangan penyakit.

6. Menyumbang bahan kolagen untuk kulit dan awet muda.

7. Menghalang pembengkakkan dan keradangan.

8. Melancarkan perjalanan darah.

9. Mengurangkan gangguan ketahanan sistem tubuh untuk wanita yang hampir menopous.

10 Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan.

11. Mencantikkan kulit dengan menggalakkan pembaikan dan pembentukkan tisu.

12. Amat sesuai untuk ibu-ibu mengandung dan perkembangan janin di dalam kandungan.

13. Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan.

14. Berfungsi sebagai penghalang oksidasi awal lipid, kerapuhan dan kekerasan dinding kapilari darah. 




Salam sayang,
Siti 0123639665
Pengedar Shaklee Jalan Kebun, Kota Kemuning, Bukit Rimau, Shah Alam.




KEJAR IMPIAN ANDA!

Untuk mendapat harga jimat Shaklee sehingga 25%, dapatkan tip daripada saya.

Juga bagi anda yang berminat memiliki blog tapi tak tahu bagaimana, jom sertai kumpulan sokongan mempelajari asas blog penulisan bisnes Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). 

Jana pendapatan melalui blog dan bekerja di rumah bersama Shaklee dengan pendapatan 3 hingga 6 angka sebulan.

Boleh hubungi saya  melalui:

Siti Zawiyah (SID: 1135401)
Mesej/what's app/telegram: 0123639665
FB: Siti Zawiyah
Emel: sitizawiyahrahmat@gmail.com





Terima Kasih Sudi Datang, Semoga Bermanfaat Perkongsian Ini (^_^)

Kelebihan Vitamin E Shaklee

Assalamualaikum,
Teks: Siti Zawiyah Rahmat




Vitamin E adalah sejenis vitamin larut lemak. Ia banyak didapati dalam lemak sayuran, bijirin, daging, telur dan sayuran. Ia juga mudah didapati dalam bentuk suplemen.

Ramai orang menggunakan vitamin E dalam industri kecantikan khususnya untuk melambatkan penuaan dan membaikpulih kerosakan kulit akibat bahan kimia daripada alat solek dan pencuci muka.

Vitamin E juga digunakan bagi mengawal kerosakan kulit oleh bahan kimia yang digunakan selepas sesi kemoterapi bagi pesakit kanser.

Mungkin ramai yang tidak tahu Vitamin E adalah vitamin yang penting bagi kebanyakkan organ badan. Ia memastikan agar setiap organ dapat berfungsi dengan baik.

Vitamin E juga adalah antioksida yang sangat bagus bagi menghalang penuaan sebelum tua dan mengawal sel daripada kerosakan akibat radikal bebas.



Keistimewaan Vitamin E Shaklee


1. Vitamin E Shaklee daripada sumber semulajadi, bukan sintetik.

Vitamin E Shaklee mengandungi d-alpha tocopherol concentrate dan d-alpha tocopheryl acetate. Perkataan 'd' di depan alpha tocopherol dan alpha tocopheryl acetate bermaksud vitamin E tersebut adalah daripada sumber semulajadi.

Jika terdapat perkataan 'l' atau 'dl', ia bermaksud sumber vitamin E tersebut adalah sintetik iaitu buatan, bukan daripada sumber semulajadi.


2. Vitamin  E Shaklee mengandungi Selenium.

Selenium dalam vitamin E berfungsi untuk meningkatkan keberkesanan vitamin E dalam badan.
Setiap 400iu  vitamin E semulajadi mengandungi 10iu Selenium.


3. Vitamin E Shaklee mengandungi Grape Seed extracts.

Grape Seed mengandungi 20 kali ganda lebih khasiat daripada vitamin E dan 50 kali ganda lebih
daripada Vitamin C untuk kesihatan badan.


4. Vitamin E Shaklee tidak mengandungi pewarna, perasa dan pemanis tiruan.


Kepentingan Memilih Vitamin E semulajadi


Kadar serapan vitamin E semulajadi adalah 2 kali ganda daripada vitamin E buatan atau sintetik. 
Jadi vitamin E semulajadi lebih mudah diserap oleh badan. Ia juga lebih menjimatkan kos jika membeli vitamin E semulajadi.






Salam sayang,
Siti 0123639665
Pengedar Shaklee Jalan Kebun, Kota Kemuning, Bukit Rimau, Shah Alam.




KEJAR IMPIAN ANDA!

Untuk mendapat harga jimat Shaklee sehingga 25%, dapatkan tip daripada saya.

Juga bagi anda yang berminat memiliki blog tapi tak tahu bagaimana, jom sertai kumpulan sokongan mempelajari asas blog penulisan bisnes Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). 

Jana pendapatan melalui blog dan bekerja di rumah bersama Shaklee dengan pendapatan 3 hingga 6 angka sebulan.

Boleh hubungi saya  melalui:

Siti Zawiyah (SID: 1135401)
Mesej/what's app/telegram: 0123639665
FB: Siti Zawiyah
Emel: sitizawiyahrahmat@gmail.com


                                                                                               

Terima Kasih Sudi Datang, Semoga Bermanfaat Perkongsian Ini (^_^)

Monday, 5 October 2015

Parut Chicken Pox Hilang Dengan Cepat

Assalamualaikum,
Teks: Siti Zawiyah Rahmat


Rasa Malu Banyak Parut Lama Chicken Pox Di Muka?




Demam Chicken Pox adalah disebabkan virus Varicella (kumpulan virus Herpes) yang mudah dijangkiti. Penyebaran boleh berlaku melalui sentuhan atau titisan air daripada orang yang dijangkiti melalu bahan tercemar seperti pakaian dan tuala.

Semasa demam chicken pox, suhu badan pesakit akan tinggi dan tumbuh banyak bintik merah. Bintik merah ini akan menggelembung dan berisi air. Apabila gelembung air ini pecah, ia akan kering dan gatal.  Setelah kering, ia akan meninggalkan parut hitam yang sukar hilang.


Berasa putus asa untuk menghilangkan parut chicken pox?

Jangan risau, Parut Chicken Pox mudah dihilangkan dengan vitamin Shaklee.


Testimoni Pengguna Shaklee Berjaya Menghilangkan Parut Chicken Pox
















Lagi Testimoni Parut Chicken Pox Hilang:










Semasa demam chicken pox, pesakit boleh mengambil Nutriferon  dan Sustained Released Vitamin C bagi meningkatkan daya tahan (imun system).

Pesakit juga digalakkan menyapu Krim Herbal Blend Shaklee bagi mempercepatkan proses pengeringan gelembung air chicken pox dan mengelakkan gatal pada bintik merah.


Hilangkan Parut Chicken Pox Dengan Vitamin Shaklee


Untuk menghilangkan parut chicken pox pula, saya sarankan set vitamin berikut untuk menghilangkan parut yang hitam dan berlubang:


1. Collagen Powder Shaklee




Collagen Shaklee Powder mengandungi 4,000 mg kolagen RSS (Red Snipper Scale - Sisik Ikan Merah). Ia sanagt mudah dan cepat diserap oleh badan kerana bermolekul sangat ringan iaitu 1,000 Dalton.

Dengan pengambilan kolagen ini, ianya membantu memperbaiki tisu penghubung dalam badan  kita. Sel-sel kulit yang baru akan cepat dihasilkan bagi menggantikan kulit yang telah rosak seperti parut dan luka.


2. Energised Soy Protein.





Energised Soy Protein membekalkan sumber protein yang berkualiti tinggi. Kulit memerlukan protein yang berkualiti untuk pertumbuhan sel baru bagi mempercepatkan proses pemulihan pada kulit dan mencerahkan kulit.

Protein juga bertindak sebagai anti-oksida bagi melindungi sel-sel kulit daripada kerosakan dan mengecilkan pori-pori muka.


3. Sustained Released Vitamin C





Pengambilan Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein  yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan kulit baru. Kulit yang rosak akan cepat diganti dengan sel kulit yang baru dan lebih sihat.

Pengambilan vitamin C setiap hari mambantu anda mendapatkan kulit yang cerah, licin dan tegang. Wajah akan kelihatan awet muda dan melambatkan penuaan. 


4. Vitamin E Complex



Vitamin E memang terkenal untuk kecantikan kulit, terutamanya untuk menghilangkan parut. Vitamin E bertindak sebagai anti-oksida dengan memelihara sel, membantu memperbaiki tekstur kulit, tona kulit yang tidak sekata, mengelakkan penuaan awal dan membantu masalah parut.

Vitamin E Shaklee terdiri daripada vitamin E d-alpha tocopherol concentrate, d-alpha tocopheryl acetate dan Selenium. Selenium membantu penyerapan Vitamin E dengan lebih berkesan. 

Vitami E Shaklee juga mengandungi grape seed. Grape seed mengandungi  OPC iaitu Oligomeric Proanthi Cyanidin, iaitu anti-oksidan yang berkuasa 20 kali ganda lebih berbanding vitamin E sahaja.






Berminat menghilangkan parut dengan cepat, hubugi saya untuk mendapatkan mendapatkan set vitamin ini.

P/S.: Dapatkan diskaun 50% Vitamin E dengan pembelian 2 botol sekarang!





Salam sayang,
Siti 0123639665
Pengedar Shaklee Jalan Kebun, Kota Kemuning, Bukit Rimau, Shah Alam.




KEJAR IMPIAN ANDA!

Untuk mendapat harga jimat Shaklee sehingga 25%, dapatkan tip daripada saya.

Juga bagi anda yang berminat memiliki blog tapi tak tahu bagaimana, jom sertai kumpulan sokongan mempelajari asas blog penulisan bisnes Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). 

Jana pendapatan melalui blog dan bekerja di rumah bersama Shaklee dengan pendapatan 3 hingga 6 angka sebulan.

Boleh hubungi saya  melalui:

Siti Zawiyah (SID: 1135401)
Mesej/what's app/telegram: 0123639665
FB: Siti Zawiyah
Emel: sitizawiyahrahmat@gmail.com






Terima Kasih Sudi Datang, Semoga Bermanfaat Perkongsian Ini (^_^)

Monday, 21 September 2015

Menghilangkan Jeragat Terbukti Berkesan

Assalamualaikum,
Teks: Siti Zawiyah Rahmat

Tompokan jeragat



Ramai wanita yang menghadapi masalah jeragat terutamanya apapbila mencecah umur 30 tahun. Jeragat adalah tompokan warna coklat di atas kulit yang menampakkan warna yang tidak sekata.

Jeragat selalu terjadi di bahagian muka dan tangan kerana selalu terdedah kepada sinaran cahaya matahari.

Sudah tentu kebanyakkan wanita tidak selesa apabila mempunyai jeragat. Terutamanya apabila menghadap cermin muka ketika bersiap-siap untuk ke tempat kerja atau bersiar-siar.

Saudara mara dan sahabat handai pula sering bertanya tentang jeragat dan mengesyorkan ubat dan petua untuk menghilangkan jeragat. Kalau yang ok, tu takpelah. Tapi, kalau sampai ada yang mengata belakang, rasa 'tension' juga, kan.


5 Sebab Jeragat Di Muka


1. Kulit terdedah kepada sinaran UV matahari.
2. Hormon yang tidak stabil semasa mengandung, menopause dan mengambil pil perancang keluarga.
3. Menggunakan make-up, alat kosmetik yang tidak sesuai.
4. Faktor keturunan.
5. Stress dan tidak cukup tidur.


Cara Menghilangkan Jeragat Terbukti Berkesan


Lihat pada testimoni di bawah.

Hasil menggunakan Collagen Powder  Shaklee, masalah jeragat mereka dapat diatasi. 










Nak lagi testimoni? Cer tengok bawah.












Nampak jelas perubahan sebelum dan selepas menggunakan Collagen Powder Shaklee. 
Mereka sangat puas hati dan sentiasa repeat order Collagen Powder Shaklee.


Keistimewaan Collagen Powder Shaklee




  • Merupakan suplemen kolagen hebat mengandungi 4,000 mg Kolagen RSS (Red Snapper Sale- sisik ikan merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yag diekstrak dari sisik ikan merah. RSS terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Selepas penggunaan selama 8 minggu, keputusan menunjukkan kulit menjadi lebih baik secara menyeluruh.

  • Collagen Shaklee bermolekul sangat ringan, iaitu 1,000 Dalton, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

  • Mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Satu sachet kecil untuk satu hidangan memudahkan anda untuk menyediakannay di mana sahaja dan bila-bila masa.



Bagi anda yang masih runsing dengan jeragat di muka, boleh dapatkan Collagen ni daripada saya. 

Dapatkan cepat-cepat tau. Fast action, fast result! (Tindakan yang cepat, memberikan hasil yang cepat!). 

Jangan menyesal kerana tidak bertindak sekarang. Jeragat yang tidak di rawat akan bertambah besar dan berwana semakin gelap.



Salam sayang,
Siti 0123639665
Pengedar Shaklee Jalan Kebun, Kota Kemuning, Bukit Rimau, Shah Alam.




KEJAR IMPIAN ANDA!

Untuk mendapat harga jimat Shaklee sehingga 25%, dapatkan tip daripada saya.

Juga bagi anda yang berminat memiliki blog tapi tak tahu bagaimana, jom sertai kumpulan sokongan mempelajari asas blog penulisan bisnes Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). 

Jana pendapatan melalui blog dan bekerja di rumah bersama Shaklee dengan pendapatan 3 hingga 6 angka sebulan.

Boleh hubungi saya  melalui:

Siti Zawiyah (SID: 1135401)
Mesej/what's app/telegram: 0123639665
FB: Siti Zawiyah
Emel: sitizawiyahrahmat@gmail.com





Terima Kasih Sudi Datang, Semoga Bermanfaat Perkongsian Ini (^_^)

Sunday, 20 September 2015

Masalah Kulit Kusam dan Penuaan Wanita Umur 40-an

Assalamualaikum,
Teks: Siti Zawiyah Rahmat




Masalah kulit kusam, warna tidak sekata, garis-garis halus biasa dihadapi oleh wanita berumur 40 tahun dan ke atas. Proses penuaan bermula pada umur 40 tahun kerana badan semakin kehilangan kolagen.

Masalah ini dapat diatasi dengan pengambilan Vitamin C dan kolagen.


Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen


Tidak dinafikan Vitamin C mempunyai banyak kelebihan kepada kesejahteraan tubuh. Vitamin C membantu pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imunisasi dan membantu penyerapan zink.

Vitamin C juga meningkatkan sistem pertahanan badan daripada jangkitan penyakit.

Bagi kebanyakan wanita, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Ia bertindak sebagai ejen anti-penuaan dengan menggalakkan penghasilan kolagen untuk kulit yang lebih sihat dan anjal.

Menurut Presiden Persatuan Perubatan Estetik Malaysia, Dr. Chin Shih Choon, vitamin C atau asid Ascorbic sangat penting untuk tubuh badan.

"Ia larut air. Vitamin ini bukan sahaja berfungsi sebagai anti oksidan utama tetapi juga satu anti virus kuat selain berfungsi sebagai anti bakteria dan anti kulat.

"Vitamin C juga merupakan agen anti-radang dan anti histamina. Oleh itu, ia sangat berguna melawan alahan dan gangguan radang kronik.

Dalam pada itu, vitamin ini membantu sintesis kolagen, pembentukan tulang dan menyahtoksik. Dalam bidang kecantikan, vitamin C popular sebagai agen anti penuaan," jelasnya yang juga Pengamal Perubatan Estetik, MJ Medical Aesthetic.

Vitamin C adalah digalakkan kerana dengan pertambahan usia, badan hilang upaya untk menghasilkan vitamin C sendiri. Lagipun, vitamin C mudah hilang dalam badan kerana ia larut air dan dibuang melalui air kencing.

Untuk dapatkan vitamin C yang terbaik,saya mengesorkan Sustained Released Vitamin C Shaklee.




Satu tablet Sustained Released Vitamin C Shaklee mengandungi khasiat 7.5 biji oren bersama kulitnya. Ia diserap oleh badan selama 5 jam. Wow.. lama kan. Bermakna badan kita mendapat khasiat vitamin C selama 5 jam sehari.



Kolagen Penting Untuk Awet Muda


Kolagen memainkan peranan dalam kesihatan penjagaan kulit, otot, tulang rawan, urat, rambut dan gigi.  Ia adalah  sejenis protein yang panjang bersama keratin untuk mejadikan kulit kuat dan anjal.

Ketika muda, manusia tidak mempunyai masalah menghasikan kolagen dalam badan. Contohnya, kanak-kanak mempunyai rambut yang cantik berkilat dan kulit yang licin kerana penghasilan kolagen dalam badan mereka.

Seperti vitamin C, penghasilan kolagen dalam badan akan merosot apabila usia bertambah. Masalah kulit kusam, berkedut, warna kulit tidak sekata akan muncul apabila kita kekurangan kolagen dalam badan. Oleh itu, wanita berusia amat digalakkan mengambil kolagen.


10 Kelebihan Kolagen Ke Atas Badan:


  1. Memelihara keanjalan dan ketegangan kulit.
  2. Memelihara kelembapan kulit.
  3. Menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang.
  4. Menguatkan otot dan tulang.
  5. Membantu hati dalam proses detoks.
  6. Memelihara kelenturan sendi.
  7. Mengurangkan keradangan.
  8. Memberi tenaga.
  9. Membantu pola tidur.
  10. Memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protein pada saraf.




Untuk mengambil kolagen, kita perlu pastikan bahawa kolagen tersebut mudah diserap oleh badan.
Collagen Powder Shaklee adalah kolagen yang terbaik kerana memiliki berat yang amat rendah iaitu 1000 Dalton. Maka, ia mudah dan cepat diserap oleh badan.



Pengambilan bersama Collagen Powder Shaklee dan Sustained Released Vitamin C amat digalakkan untuk mendapat kulit yang anjal, sihat dan cantik.



Salam sayang,
Siti 0123639665
Pengedar Shaklee Jalan Kebun, Kota Kemuning, Bukit Rimau, Shah Alam.




KEJAR IMPIAN ANDA!

Untuk mendapat harga jimat Shaklee sehingga 25%, dapatkan tip daripada saya.

Juga bagi anda yang berminat memiliki blog tapi tak tahu bagaimana, jom sertai kumpulan sokongan mempelajari asas blog penulisan bisnes Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). 

Jana pendapatan melalui blog dan bekerja di rumah bersama Shaklee dengan pendapatan 3 hingga 6 angka sebulan.

Boleh hubungi saya  melalui:

Siti Zawiyah (SID: 1135401)
Mesej/what's app/telegram: 0123639665
FB: Siti Zawiyah
Emel: sitizawiyahrahmat@gmail.com



Terima Kasih Sudi Datang, Semoga Bermanfaat Perkongsian Ini (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved www.cintavitamin.com